YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Wednesday 6 January 2016

Aku mahu.

Kau tahu apa aku mahu?
Putar balik 114 minggu lalu,
Bila aku komen gambar instagrammu.

Kau tahu apa aku mahu?
Saat kita diSingapura,
Kau bahagia dengan keluargaku.

Kau tahu apa aku mahu?
Kita berbual ditelefon pada lewat malam,
Berbicara tentang perancangan dimasa tua.

Kau tahu apa aku mahu?
Kau minta aku toleh kearah lain,
Dan kau curi longan dari cawan aku.

Kau tahu apa aku mahu?
Kita yang sekarang--yang hatinya dah robek,
Jadi seperti dulu dulu,
Atau lebih kurang yang macam tu,
Tapi lagi bahgia dari yang itu.

No comments:

Post a Comment