YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Friday 8 January 2016

Tanya hati.

Kenapa kau masih baca blog aku? Walau kau tahu Captain America tak ada lagi dalam ni.
Kenapa kau masih selongkar wall aku? Baca satu satu sampai post 4 tahun lalu.
Kenapa kau screenshot semua momen lalu? Dan hantar ke Line aku?
Kenapa kau paksa aku untuk lihat memori lalu? Sampai sanggup Telegram aku, suruh lihat pesanan Line kau untuk aku.

"Ada sesuatu yang tertinggal, memori"

Kalau benar kau rasa itu cuma memori, kenapa kau selongkar semua sekali? Tak cukup ke tatap sendiri? Kenapa nak share dengan aku sekali? Sedangkan kau tahu aku terluka, sedangkan kau tahu aku berduka.

Baik kau tanya diri sendiri lagi dan lagi, apa yang kau mahu pada saat ini? Apa benar kau cuma mahu putar kembali memori atau sebenarnya ada lagi perasaan dihati? Aku tunggu jawapan kau, tapi tak mungkin lama. Kerana masa yang kau beri ke aku dahulu pun, sekejap cuma. 

Pandai pandai lah kau nak cari aku nanti, tapi jangan lama lama. Kerana ini bukan kali pertama perkara sebegini terjadi, kau tunggu aku-aku tunggu kau. 6 tahun lalu, perkara sama berlaku. Dan aku harap ini pusingan terakhir untuk momen itu.

Aku tunggu.

Yang benar, YANS.

No comments:

Post a Comment